Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education
By:
Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.
Improving Critical Thinking Skills in History
By :
Carl Savich, Oakland University
Supporting Academic Improvement Among Eighth Graders at Risk for Retention: An Action Research Intervention
By:
E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama
MASALAH YANG DIJADIKAN KAJIAN
Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.
Kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar dan membebankan.
Peranan guru kaunseling atau keunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang sering melakukan kesalahan. Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.
The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva
ApaituKajianTindakan?
Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
Elliott (1988):
Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat
Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?
- Mengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
- Menyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
- Sebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
- Supaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
- Guru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri
- Kajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain
Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
a. Apabila timbul persoalan dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa). Persoalan merujuk kepada permasalahan yang timbul yang menghalang P&P guru secara berkesan. b. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran
c. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah
d. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik pengajarannya
Di mana Guru Melakukan Kajian?
Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah, di Sekolah
Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?
Dalam buku ini kajian dilakukan secara kolaborasi antara guru-guru.
Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
1.Mencari persoalan kajian
2.Mengumpul Data
3.Menganalisi Data
4.Menulis hasil kajian
5.Berkongsi hasil kajian yang diperolehi
Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988)
Pengumpulan Data:
Dalam buku ini penulis menyatakan tujuh strategi yang boleh digunakan untuk mengumpulkan data di sekolah iaitu:
Strategi 1 : Catatan lapangan (Fieldnotes)
Nota yang dimaksudkan penulis ialah catatan yang dibuat oleh guru setiap hari untuk membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajarnya di dalam kelas setiap hari seperti soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar, tingkah laku, minat atau fokus pelajar pada sesuatu topic dan sebagainya . Catatan ini boleh diambil dalam pelbagai bentuk seperti diagram, nota ringkas, komen dan sebagainya. Catatan ini juga boleh diambil semasa perbincangan dengan murid.
Strategi 2 : Dokumen / Artifak
Dokumen / artifak disini merujuk kepada hasil kerja pelajar yang dikumpulkan. Perbandingan boleh dibuat dengan hasil kerja berkanaan. Contohnya guru boleh membandingkan pencapaian seseorang pelajar itu dari semasa ke semasa dengan merujuk hasil kerja pelajar berkenaan yang telah dikumpulkan selama beberapa tempoh seperti kerja rumah pelajar dan maklumat pelajar
Strategi 3 : Temubual
“Teacher talk is important” . Dalam buku ini pengkaji menyatakan cara ini adalah penting untuk mendapatkan sumber data secara tepat dan terbuka. Guru boleh menemubual pelajar-pelajarnya sendiri berkenaan isu yang ingin dikaji, ibu bapa pelajar, pihak pentadbir dan guru-guru yang lain. Pengkaji menceritakan bagaimana beliau telah bertanya kepada bekas pelajarnya bagaimana cara dia mengingati sesuatu eksperimen sains yang dilakukan walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan, pelajar itu mengatakan bahawa ialah kerana eksperimen itu dilakukan beberapa kali berulang-ulang sehingga pelajar faham. Dari temubual seperti ini sebenarnya guru boleh mendapatkan pendapat berkenaan pendekatan atau teknik yang boleh dilakukan.
Strategi 4 : Kumpulan Sasaran
Strategi ini merupakan satu lagi cara bagi guru untuk mendapatkan pandangan dan persepsi pelajar-pelajar. Guru dengan cepat dapat mengumpulkan data dengan memfokuskan kepada kelompok pelajar yang dipilih ini.
Strategi 5 : Reflective Jurnals
Journal provide teachers a tool for reflecting on their own thought prosesses.
Strategi 6 : Tinjauan
Kaedah ini lebih formal. Soalan dikemukakan dan pelajar menjawab dan memberikan pendapat mereka tanpa dipaksa.
Straregi 7 : Literatur
Literatur dilihat denganperspektif yang lebih luas. Literatur berkaitan dengan kajian yang dilakukan boleh dijadikan rujukan untuk guru mengetahui perkembangan semasa topik atau isu kajiannya.
Penganalisisan data:
4 langkah digunakan untuk menganalisa data yang telah dikumpul:
Description Data - Langkah permulaan ini bertujuan untuk menerangkan data penyelidikan yang dikumpul dengan menanyakan beberapa soalan seperti 'Apa yang sedang berlaku'?
Sense Making - Menyusun atau mengelompokkan data-data yang dikumpulkan
Interpretation - Menghuraikan data yang diperolehi dan apa yang dipelajari daripada kajian.
Implication Drawing - Merancang, membina, atau membaiki pendekatan yang sesuai berdasarkan hasil kajian.
Sokongan :
Menurut Kemmis & Mc Taggart (1988), melakukan kajian tindakan (menguji sesuatu pendekatan atau kaedah ) secara kolaborasi adalah lebih bermakna,. Ini dinyatakan dalam jurnal Collaborative action research to develop the used of solution-focused approaches di mana kebanyakan pengkaji menekankan sesuatu pendekatan perlulah dilakukan secara kolaborasi supaya perubahan yang diinginkan boleh dilihat dalam sesuatu organisasi dan institusi malah kepada pengkaji itu sendiri.
Penilaian terhadap buku ini:
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.
-Guru memberikan tugasan kepada pelajar membuat kerja lapangan.
-Guru perlu mempelbagaikan kit pengajaran.
-Guru menggunakan teknologi dalam P&P supaya pelajar terdedah dengan ICT.
B.PASUKAN
-Menggunakan kaedah yang lebih menarik dan pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan seperti menggunakan kaedah movie maker dalam proses P&P.
-Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berasaskan masalah.
-Mengadakan perbincangan secara berkumpulan menggunakan teknik jigsaw.
-Menggunakan windows movie maker supaya penyampaian guru lebih jelas, menjimatkan masa untuk menyalin nota di papan tulis.
C.CADANGAN RAKAN (TEMUBUAL)
-Guru perlu mempelbagaikan video yang menarik dan terkini.
-Adanya penerapan nilai-nilai murni dalam video yang ditunjukkan.
-Tayangan video selari dengan objektif pengajaran yang ingini dicapai.
LITERATURE REVIEW
PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran tidak begitu berkesan mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian.
-Latih tubi yang terlalu banyak membuatkan pelajar jemu dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
-Hanya wujud interaksi satu hala menyebabkan pelajar pasif dan mudah mengantuk.
-Tidak menjana idea pelajar kerana hanya menerima penerangan daripada guru.
KUMPULAN
-Bagi subjek perdagangan, pelajar tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru kerana sibuk menyalin nota di papan tulis. Oleh itu penerangan yang diberikan kurang berkesan kepada pelajar.
-Proses P&P hanya berpusatkan kepada guru. Semua maklumat disampaikan oleh guru sahaja tanpa melibatkan penyertaan pelajar.
-Bagi subjek matematik, terlalu banyak latih tubi diberikan selepas sesuatu topik diajar. Bagi pelajar yang tidak minat subjek matematik, mereka tidak akan membuat latihan dan akan meniru rakan yang telah siap. Ini menyebabkan pelajar yang lemah hilang minat dan cepat berasa bosan.
B.PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
-Pelajar tidak memberi perhatian jika subjek itu tidak diminatinya.
-Guru menggunakan teknik movie maker yang sama dan menyebabkan pelajar jemu.
-Memerlukan alatan yang lengkap seperti speaker, skrin dan lain-lain.
C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)
- Guru memberikan penerangan yang jelas terutamanya penerangan konsep dan definisi. Pembelajaran berpusatkan guru.
- Guru mempunyai pengetahuan yang luas dan pakar dengan bidangnya.
- Pelajar diberikan latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka.
KUMPULAN
- Bagi subjek Perdagangan, guru pada masa itu lebih kepada memberi penerangan dan murid hanya mendengar. Memandangkan guru mempunyai perniagaan sendiri, jadi isi pengajaran lebih tertumpu kepada penceritaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Secara tidak langsung, pelajar lebih faham kerana guru menggunakan contoh yang nyata.
- Selain itu, guru menggunakan keratan akhbar yang berkaitan topik yang ingin diajar sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang P&P, wujud interaksi dua hala antara guru dan pelajar.
- Bagi subjek matematik, guru menggunakan konsep mentor mentee. Rakan yang pakar akan membantu rakan yang lain. Kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar tidak malu untuk bertanya sesama rakan sekiranya tidak faham berbanding denga guru yang mungkin menyebabkan pelajar takut dan malu bertanya. Di samping itu juga guru memberikan penerangan yang jelas sehingga pelajar benar-benar faham.
B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)
- Dapat menarik minat pelajar untuk memberi sepenuh perhatian disamping memudahkan untuk mengingat pengajaran guru.
- Pelajar teruja dengan aplikasi teknologi yang digunakan oleh guru dalam proses P&P.
- Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas dengan kaedah pengajaran tradisional.
C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)
Penggunaan windows movie maker menjadikan pelajar mengikuti pembelajaran secara interaktif. Terutamanya dalam mempelajari subjek sains dan pengajaran social. Dengan cara ini pelajar dapat mengulang semula apa yang dipelajari menggunakan ayat mereka sendiri. Pelajar juga akan lebih mengingati dan memahami pelajarannya. Windows movie maker juga boleh ditambah lagu dan bahan grafik. (Emily Hite, 2008).
Menurut Gilbert (1967), pelajar akan menjadi lebih cemerlang dan menjadikan mereka lebih artistik sensitive dan menjadikan mereka mampu menyampaikan sesuatu mesej melalui persembahan multimedia. Movie maker memberikan pengalaman pendidikan yang baru kepada para pelajar.
1. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
2. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
3. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan dan diberikan kuasa untuk membuat keputusan (empowerment)
4. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran.
5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.
6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
7. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
8. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
9. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
10. Membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
11. Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN :
"WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"
Faktor pemilihan tajuk ini:
1. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Windows movie maker turut berfungsi sebagai video menjadikannya sebagai media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini secara tidak langsung akan mempermudahkan pemahaman seseorang pelajar dalam memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga boleh belajar secara individu mahupun berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar disamping mereka sepanjang masa. Ianya sangat bersesuaian dengan guru yang kerap melakukan kerja-kerja luar.
2. Memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran.
Menerusi cara ini, pengajaran yang melibatkan pengulangan penerangan dapat dilakukan dengan mudah kerana tiada bahagian atau isi yang teritnggal. 3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan.
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti menggunakan perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, mengendalikan alatan dan sebagainya memerlukan tunjuk ajar dan demonstrasi. Dengan adanya video ini pelajar boleh menonton dan mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman pelajar itu sendiri. 4. Memberi kuasa kawalan kepada pelajar.
Penggunaan video ini, membolehkan pelajar memainkan video, memberhentikannya atau mengulangkan kembali klip-klip yang berkaitan. Secara tidak langsung membolehkan proses pembelajaran berlaku mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata. 5. Menjimatkan masa dan tenaga.
Proses pengajaran menjadi lebih cepat menerusi video yang dipaparkan. Ini kerana proses penerangan yang panjang lebar dan demontrasi yang meleret-leret dapat dielakkan. Hal ini kerana proses penerangan menerusi video telah menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar yang secara tidak langsung memberi penjelasan yang lebih jelas lagi kepada para pelajar.
The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva
ApaituKajianTindakan?
Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
Elliott (1988):
Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat
Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?
ØMengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
ØMenyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
ØSebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
ØSupaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
ØGuru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri
ØKajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain
Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
Apabila timbul persoalan yang dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa).
Dimana Guru Melakukan Kajian?
Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah
Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?
1.Pemerhatian- guru akan mencatat perubahan tingkah laku pelajar di dalam kelas.
2.Dokumentasi- setiap hasil kerja pelajar akan difailkan sebagai rujukan
3.Tinjauan dan Temu bual - pelajar, ibu bapa, guru-guru untuk mendapatkan pandangan
4.Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988)
Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
1.Mencari persoalan kajian
2.Mengumpul Data
3.Menganalisi Data
4.Menulis hasil kajian
5.Berkongsi hasil kajian yang diperolehi
Penilaian terhadap buku ini:
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.