Apa itu kajian Tindakan?
Kajian tindakan adalah satu usaha yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Ia melibatkan usahasama membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam mencapai perubahan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Kajian tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu. Stenhouse (1975) berkata kajian tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.
Carr dan Kemmis (1986) menyatakan terdapat dua tujuan utama kajian tindakan iaitu memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang ingin dicapai iaitu memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dilakukan dalam empat fasa iaitu:
• Merancang
• Melaksana
• Menilai
• Refleksi
Mengapa Kajian Tindakan Adalah Penting Bagi Guru?
1. Untuk mengenal pasti permasalahan atau isu yang menghalang P&P dijalankan dengan berkesan
2. Menjadikan guru seorang yang peka akan keadaan sekeliling
3. Menjadi perintis atau rujukan kepada kajian selanjutnya oleh guru-guru lain
4. Mengembangkan peranan guru bukan hanya sekadar mendidik dan menyampaikan ilmu
5. Memupuk sikap berani memberikan pendapat dan idea selain boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
6. Guru dapat mengenal pasti dan mencipta pendekatan terbaik untuk memperbaiki penyampaian P&P dalam bilik darjah

7. Mewujudkan persekitaran di mana guru-guru dapat berkongsi, bertukar pendapat dan memberikan komen terhadap hasil kajian yang dilakukan
8. Meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara kita
9. Membuktikan sesuatu isu atau kenyataan yang dibuat menerusi kajian dan bukan sekadar pendapat peribadi individu sahaja
10. Guru akan lebih dekat dengan pelajar dan memahami perubahan tingkah laku dan keperluan pelajar dalam menimba ilmu
tahniah!!! cantik blog cikgu syuhadah
ReplyDeletenanti kalau ada masa leh letak gambar lagi menarik tau cikgu...
ReplyDeletemcm blog saya...http://mistik4u.blogspot.com/
Terima kasih di atas komen anda.
ReplyDeletebagaimana pula dengan isi kandungannya?
anda juga bakal pendidik bukan?