Laporan Pembentangan 1
Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video)
Sesi Pembentangan 1
Bilik Perdana B, Palm Garden Hotel
26 Oktober 2009 (Isnin)
9.30-10.30am
Nama Pembentang :
i) Siti Sarah Binti Udzir
ii) Nur Aznida Binti talib
1.0 Pernyataan Masalah
Dalam pembentangan ini pembentang menyatakan, pemilihan tajuk adalah berdasarkan kesedaran mereka akan kelemahan pengajaran dan pembelajaran secara tradisi. Proses P&P secara tradisi yang kebiasaanya guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya duduk mendengar dan mencatat sahaja dilihat sudah tidak mampu menarik minat pelajar untuk terus fokus sepanjang proses P&P. Situasi dimana hanya guru yang bercakap atau memberi pandangan serta berpusatkan kepada guru sememangnya perlu diperbaharui dengan sesuatu yang lebih segar dan inovatif. Persembahan sebegini hanya akan menjadikan pelajar kurang berinteraksi dengan guru dan pelajar akan terus pasif di dalam kelas. Apatah lagi untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap sesuatu ilmu yang ingin disampaikan. Jesteru kajian dibuat berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti ini.
2.0 Metodologi, setting kajian dan sampel kajian:
Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif antara dua orang penyelidik yang menjalani latihan mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Seramai 38 orang pelajar telah terlibat secara langsung dalam menjayakan kajian ini. Mereka terdiri daripada 17 orang pelajar tingkatan 1 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan 21 orang pelajar tingkatan 4 bagi mata pelajaran Biologi. Tempoh masa yang diambil bagi setiap mata pelajaran ialah empat masa. Setiap klip video yang digunakan adalah berkaitan dengan topik atau tajuk yang diajar dan mengambil masa lebih kurang 2-3 minit.
3.0 Pengumpulan Data
Kajian ini menggunakan beberapa teknik pengumpulan data iaitu:
- soal selidik
- kuiz
- temubual
- penilaian kendiri
- pemerhatian
Soal selidik
- Soal selidik dilakukan bertujuan untuk kami mengetahui amalan pengajaran guru sebelum ini dan pendapat pelajar mengenainya.
- Beberapa soalan berkaitan telah diajukan dan beberapa jawapan telah dikumpulkan.
Kuiz
o Penyelidik telah menjalankan kuiz sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilakukan.
o Sebelum kajian dijalankan, soalan kuiz diberikan selepas sesi pengajaran secara syarahan tanpa menggunakan video.
o Selepas kajian soalan diberi selepas video ditayangkan. Ini bertujuan melihat perubahan yang ada sebelum dan selepas menggunakan video.
Temubual
- Temubual pula dilakukan antara penyelidik dengan pelajar dan antara penyelidik dengan guru.
- Temubual dengan guru dijalankan untuk mengetahui kaedah pengajaran guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa P&P dijalankan.
- Menurut beberapa orang guru yang di temubual lebih selesa menggunakan kaedah talk and chalk kerana kekangan masa untuk menyediakan BBM berbentuk media elektronik.
- Guru juga menyatakan pelajar selalu mengantuk di dalam kelas dan kurang melibatkan diri dalam perbincangan.
- Temubual dengan pelajar pula, mereka berpendapat bahawa menonton video memudahkan mereka untuk memahami sesuatu pelajaran, terutama bagi topik yang melibatkan konsep sains (bagi mata pelajaran Biologi) dan proses kejadian manusia (matapelajaran Pendidikan Islam).
- Pelajar lebih seronok dan bertambah minat untuk belajar
Penilaian kendiri
- Penilaian kendiri adalah catatan di dalam buku persediaan mengajar yang dibuat selepas selesai P&P untuk merekod dan menilai aktiviti yang telah dijalankan, reaksi serta penerimaan pelajar, dan kelemahan atau kelebihan pengajaran guru.
- Penilaian kendiri ini digunakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga guru.
- Menerusi penilaian kendiri ini penyelidik telah mencatat dan menilai perubahan-perubahan pelajar dari semasa ke semasa sejak dari minggu pertama mereka masuk ke dalam kelas.
Pemerhatian
o Pemerhatian dilakukan semasa proses P&P dijalankan.
o Penyelidik melakukan sendiri pemerhatian ini dengan seorang mengajar dan seorang lagi membuat pemerhatian di belakang bilik darjah.
o Pemerhatian difokuskan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa P&P dijalankan.
o Mereka mendapati pelajar seronok dan menumpukan perhatian semasa video ditayangkan.
o Pelajar juga melibatkan diri secara aktif dengan memberikan komen dan pendapat serat tidak mengantuk di dalam kelas.
4.0 Teknik Penganalisisan Data
Menganalisis data kualitatif sering menimbulkan masalah kerana belum ada kaedah yang jelas untuk mentafsir data tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah membina makna daripada data yang dikumpul dengan:
- menyusun data mengikut jenis/kategori, daripada terperinci kepada umum (daripada descriptive kepada explanatory, daripada concrete kepada abstrak): (1) noting patterns/themes; (2) seeing plausibility; (3) clustering;
- membuat integrasi antara data yang berbeza: (4) making metaphors;
- melihat data yang telah dimiliki/dikumpul: (5) counting;
- menambah kefahaman:(6) making contrasts/comparisons;
- melihat perkaitan antara data secara abstrak: (7) partitioning variables; (8) subsuming (menggolongkan) particulars into general; (9) factoring; (10) noting relations between variables; (11) finding intervening variables;
- membuat pemahaman data secara sistematik dan coherent: (12) building a logical chain of evidence; dan (13) making conceptual/theoretical coherence.
4.0 Implikasi Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh dua orang pengkaji ini, mereka telah mendapati pelajar lebih seronok, tidak mengantuk di dalam kelas, memberi tumpuan semasa P&P dan lebih aktif di dalam perbincangan di dalam kelas. Keputusan kuiz menunjukkan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, telah berlaku 100% peningkatan markah pelajar manakala bagi mata pelajaran Biologi ialah sebanyak 75% . Keputusan ini sangat membanggakan dan menunjukkan kaedah penggunaan klip video dalam P&P amat membantu.
Manfaat Hasil Pembentangan
Secara peribadi sebelum saya mengikuti pembentangan ini, saya agak kabur apakah yangdikatakan kajian tindakan. Pelbagai persoalan yang bermain difikiran saya. Setelah mengikuti pembentangan ini, saya telah mula mendapat gambaran awal bagaimana kajian tindakan dilakukan, prosedur-prosedur dan aspek-aspek apakah yang perlu diberi perhatian semasa membuat kajian tindakan di sekolah nanti. Sedikit sebanyak saya telah belajar daripada pembentangan ini peranan guru bukanlah sekadar mengajar semata-mata malah lebih dari itu sebagai seorang penyelidik di dalam kelasnya sendiri. Seorang guru perlu bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan mengaplikasikan teknologi dan kemudahan ICT yang ada dewasa ini ke tahap maksimum. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan para pembentang semasa kolokium ini yang telah memberi impak positif kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
Komen Tajuk:
Sesi Pembentangan 2
1.0 Pernyataan Masalah
Komen Tajuk:
Pengkaji mungkin boleh mengubah tajuk kepada 'Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Bahan bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video)' iaitu dengan menggugurkan perkataan penggunaan. Kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dan terancang.
Laporan Pembentangan 2
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
Sesi Pembentangan 2
Bilik Perdana B, Palm Garden Hotel
27 Oktober 2009 (Selasa)
11.00-12.00pm
Nama Pembantang :
i) Robiah Binti Mohamad
ii) Siti Hajjar Husnaa binti Yahya
1.0 Pernyataan Masalah
i. Dewasa ini pelajar dilihat kurang minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan memandang enteng mata pelajaran ini. Oleh yang demikian penyelidik mencuba teknik gubahan lagu untuk melihat keberkesanannya bagi mencapai objektif meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
ii. Kaedah pengajaran guru mengajar Pendidikan Islam yang tidak menarik dan berpusatkan guru sahaja tanpa penglibatan aktif para pelajar
2.0 Metodologi, setting kajian dan sampel kajian:
Kajian tindakan ini dijalankan secara kerjasama antara dua orang penyelidik yang menjalani latihan mengajar di SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang pelajar tingkatan dua telah dijadikan sampel kajian mereka.
3.0 Pengumpulan dan Penganalisisan Data
- Rakaman Audio
- Rakaman video
- Pemerhatian
- Temubual
4.0 Implikasi Kajian
Kajian tindakan yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik ini telah menunjukkan hasil positif. Dalam usaha meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, teknik gubahan lagu telah menjadikan pelajar aktif melibatkan di dalam tugasan yang diberikan dan lebih bersemangat dengan menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Mereka juga aktif bersoal jawab dengan guru dan lebih fokus dengan apa yang dilakukan. Rata-rata pelajar menyatakan bahawa teknik pembelajaran ini tidak membosankan. Mereka mendapati teknik ini menarik dan memudahkan mereka mengingati sesuatu fakta yang diajar. Secara tidak langsung juga pelajar dididik berfikiran kreatif dan bergerak pantas terhadap arahan yang diberikan.
Manfaat Kajian
Seperti pembentangan yang pertama, pembentangan ini turut memberi impak berguna kepada saya. Melalui pembentangan ini saya mendapat ilmu baru yang boleh digunakan atau diinovasikan semasa P&P. Pendekatan yang digunakan pembentang dapat mengubah persepsi sesetengan pelajar dan pandangan tipikal mereka yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam ini kurang menarik dan mereka perlu ‘skema’ semasa mempelajarinya. Dengan pendekatan sebegini pelajar lebih menikmati pembelajaran mereka. Pendekatan gubahan lagu dan nyanyian boleh diaplikasikan dalam P&P pendidikan Islam dengan cara yang betul dan tidak berlebih-lebihan sehingga menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri.
Saya tertarik dengan kaedah pengajaran yang digunakan melalui gubahan lirik lagu seperti nasyid ini . Sewaktu pembentangan, saya teringat kembali semasa zaman persekolahan saya di sekolah agama rakyat di Tambun, Perak pada usia 7 tahun. Ustazah telah mengajar saya dan rakan-rakan lagu nasyid untuk memudahkan kami mengingati nama anak-anak Nabi Muhammad. Lirik lagu yang sehingga sekarang saya masih ingat ialah seperti berikut;-
Anak nabi kita ada tujuh orang
Tiga laki-laki empat perempuan
Kassim, Abdullah, Ibrahim, Siti Fatimah,
Zainab, Umi Kalsom, Siti Rokiah.
Sehingga ke sekolah menengah saya akan menyanyikan lagu ini dalam hati apabila terdapat soalan berkaitan semasa peperiksaan bagi mengingati semula. Contohnya, Berapa orangkah anak Nabi Muhammad?. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah pendekatan gubahaan dan nyanyian lagu ini mampu memudahkan pelajar untuk mengingat sesuatu fakta dan telah terbukti keberkesanannya pada diri saya sendiri. Walaupun contoh yang saya berikan nampak mudah, namun ia sememangnya memberi impak besar pada saya kini.
Tajuk yang dipilih adalah bersesuaian dan menepati konsep kajian tindakan itu sendiri iaitu menambaikkan kaedah pengajaran bagi tujuan menarik minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Teknik ini telah berjaya melibatkan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah.
Komen Tajuk :
Tajuk yang dipilih adalah bersesuaian dan menepati konsep kajian tindakan itu sendiri iaitu menambaikkan kaedah pengajaran bagi tujuan menarik minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Teknik ini telah berjaya melibatkan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment