Thursday, December 17, 2009

Aktiviti : Pengumpulan & Penganalisisan Data


Tajuk Jurnal: Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education
By: Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.
Pengumpulan & Penganalisisin Data

Terdapat beberapa peringkat atau kaedah dalam melihat hasil kajian ini yang digunakan oleh penyelidik dalam kitaran pertama iaitu: 

1. Pemerhatian:

Pada peringkat permulaan kajian ini dilakukan, pemerhatian yang dilakukan mendapati pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Apabila suatu masalah diberikan, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya sehingga tamat masa P&P tersebut.

2. Diagnosis:

Pada kelas seterusnya, guru menyatakan hasil pemerhatiaanya pada kelas yang lepas kepada pelajar dan meminta mereka memberikan komitmen yang lebih. Pelajar juga diminta menyatakan masalah mereka. Antara masalah yang diutarakan ialah:

    - lupa formula

    - tahu formula tetapi tidak tahu menggunakannya dengan tepat

3. Rancangan Tindakan:

Pelajar diminta mencadangkan cara bagaimana mengatasi masalah mereka sendiri. Antara cadangan mereka ialah:

                  ·         Daftar formula (kamus)

                  ·         Tulis formula setiap hari

                  ·         Ujian dilakukan berasingan

4. Tindakan:

Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.


5. Penilaian:

Untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan ini, tugasan diberikan kepada pelajar dan pelajar menyiapkannya di dalam kelas. Hasilnya agak positif dimana kesalahan telah berkurangan. Mereka juga telah memahami sesuatu konsep dengan baik.

5. Hasil:

Kajian mendapati sekiranya pelajar dilibatkan bersama dalam membuat keputusan berkenaan kaedah meningkatkan strategi pembelajarann mereka, pembelajaran dan pencapaian mereka akan lebih baik. Melalui kuiz dan ujian semester yang dijalankan juga telah menunjukkan peningkatan dalam markah yang diperolehi


Teknik Penganalisisan Data
Menganalisis data kualitatif sering menimbulkan masalah kerana belum ada kaedah yang jelas untuk mentafsir data tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah membina makna daripada data yang dikumpul dengan:
  • menyusun data mengikut jenis/kategori, daripada terperinci kepada umum (daripada descriptive kepada explanatory, daripada concrete kepada abstrak): (1) noting patterns/themes; (2) seeing plausibility; (3) clustering;
  • membuat integrasi antara data yang berbeza: (4) making metaphors;
melihat data yang telah dimiliki/dikumpul: (5) counting;
  • menambah kefahaman:(6) making contrasts/comparisons;
  • melihat perkaitan antara data secara abstrak: (7) partitioning variables; (8) subsuming (menggolongkan) particulars into general; (9) factoring; (10) noting relations between variables; (11) finding intervening variables;

Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT


A.  TEORI, STRATEGI, KAEDAH YANG BOLEH DIGUNA ATAU DIADAPTASI BAGI SETIAP  MASALAH

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME


Pendekatan konstruktivisme tertumpu di bilik darjah dimana pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk belajar dan menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah pemahaman yang lebih kukuh. Pendekatan ini membantu pelajar kearah perkembangan pemikiran pelajar. konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:
  • Pengetahuan dibina pelajar.
  • Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  • Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
  • Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  • Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  • Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
  • Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
  • Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF
  • Pelajar belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan.
  • Pelajar saling berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran
  • Pelajar melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan
  • Pelajar bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF


  • Pelajar berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama 
  • Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan
  •  Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah 
  • Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan 

PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF
  • Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan
  • Kumpulan yang pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran
  • Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri
  • Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Semangat kebergantungan, Kemahiran sosial, Kesedaran tanggungjawab individu dan Penilaian kumpulan
  • Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan
  • Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan
  • Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti
  • Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan
  • Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan

 TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)
Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara. Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi sebagai contoh guru menunjukkan cara membuat movie maker.
  • Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.
  • Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.
  • Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUKAN KOMPUTER
  • pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian
  • ditayangkan dalam monitor computer
  • latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, pemulihan, pengayaan & penilaian.
  • murid belajar sendiri, masa fleksibel.
  • berdikari, melatih kemahiran berfikir

B.   KERANGKA TEORITIKAL




KONSEPTUAL & OPERASIONAL

  • Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.
  • Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.



    AKTIVITI 12 : PERMURNIAN


    “WINDOWS MOVIE MAKER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN”



    MATLAMAT KAJIAN
    Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    OBJEKTIF KAJIAN
    * Meningkatkan kefahaman pelajar.

    * Memperbaiki kaedah pengajaran supaya lebih berpusatkan pelajar.

    PERSOALAN KAJIAN

    * Adakah penggunaan window movie maker dapat meningkatkan kefahaman pelajar?

    * Adakah penggunaan windows movie maker dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif?

    AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL


      TAJUK JURNAL
    Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education

    By:
    Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.

    Improving Critical Thinking Skills in History
    By :
    Carl Savich, Oakland University

    Supporting Academic Improvement Among Eighth Graders at Risk for Retention: An Action Research Intervention
    By:
    E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama
    MASALAH YANG DIJADIKAN KAJIAN
    Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.
    Kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar dan membebankan.
    Peranan guru kaunseling atau keunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang sering melakukan kesalahan. Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.

    AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU


    The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry

    By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva

    Apa itu Kajian Tindakan?


    Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
    Elliott (1988):
    Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
    Setiap kitaran melibatkan :
    1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
    2. Merancang Strategi
    3. Mengaplikasikan strategi yang   telah dibuat
    4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat

    Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?

    •   - Mengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
    •   - Menyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
    •   - Sebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
    •   - Supaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
    •   - Guru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri

    •   - Kajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain

    Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
    a.  Apabila timbul persoalan  dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa). Persoalan merujuk kepada permasalahan yang timbul yang menghalang P&P guru secara berkesan.     
                
    b. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran             

    c. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah 

    d. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik pengajarannya

    Di mana Guru Melakukan Kajian?
    Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah, di Sekolah

    Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?

    Dalam buku ini kajian dilakukan secara kolaborasi antara guru-guru. 


     Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
    Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
    1.     Mencari persoalan kajian
    2.     Mengumpul Data
    3.     Menganalisi Data
    4.     Menulis hasil kajian  

    5.     Berkongsi hasil kajian yang diperolehi 

    • Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988) 



    Pengumpulan Data:


    Dalam buku ini penulis menyatakan tujuh strategi yang boleh digunakan untuk mengumpulkan data di sekolah iaitu:
    Strategi 1 : Catatan lapangan (Fieldnotes)
    Nota yang dimaksudkan penulis ialah catatan yang dibuat oleh guru setiap hari untuk membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajarnya di dalam kelas setiap hari seperti soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar, tingkah laku, minat atau fokus pelajar pada sesuatu topic dan sebagainya . Catatan ini boleh  diambil dalam pelbagai bentuk seperti diagram, nota ringkas, komen dan sebagainya. Catatan ini juga boleh diambil semasa perbincangan dengan murid.
    Strategi 2 : Dokumen / Artifak
    Dokumen / artifak disini merujuk kepada hasil  kerja pelajar yang dikumpulkan. Perbandingan boleh dibuat dengan hasil kerja berkanaan. Contohnya guru boleh membandingkan pencapaian seseorang pelajar itu dari semasa ke semasa dengan merujuk hasil kerja pelajar berkenaan yang telah dikumpulkan selama beberapa tempoh seperti  kerja rumah pelajar dan maklumat pelajar
    Strategi 3 : Temubual
    “Teacher talk is important”  . Dalam buku ini pengkaji menyatakan cara ini adalah penting untuk mendapatkan sumber data secara tepat dan terbuka. Guru boleh menemubual pelajar-pelajarnya sendiri berkenaan isu yang ingin dikaji, ibu bapa pelajar, pihak pentadbir dan guru-guru yang lain. Pengkaji menceritakan bagaimana beliau telah bertanya kepada bekas pelajarnya bagaimana cara dia mengingati sesuatu eksperimen sains yang dilakukan walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan, pelajar itu mengatakan bahawa ialah kerana eksperimen itu dilakukan beberapa kali berulang-ulang sehingga  pelajar faham. Dari temubual seperti ini sebenarnya guru boleh mendapatkan pendapat berkenaan pendekatan atau teknik yang boleh dilakukan.
    Strategi 4 : Kumpulan Sasaran
    Strategi ini merupakan satu lagi cara bagi guru untuk mendapatkan pandangan dan persepsi pelajar-pelajar. Guru dengan cepat dapat mengumpulkan data dengan memfokuskan kepada kelompok pelajar yang dipilih ini.
    Strategi 5 : Reflective Jurnals
    Journal provide teachers a tool for reflecting   on their own thought prosesses.
    Strategi 6 : Tinjauan
    Kaedah ini lebih formal. Soalan dikemukakan dan pelajar menjawab dan memberikan pendapat mereka tanpa dipaksa.
    Straregi 7 : Literatur
    Literatur dilihat denganperspektif yang lebih luas. Literatur berkaitan dengan kajian yang dilakukan boleh dijadikan rujukan untuk guru mengetahui perkembangan semasa topik atau isu kajiannya. 

    Penganalisisan data:
    4 langkah digunakan untuk menganalisa data yang telah dikumpul:
    1. Description Data - Langkah permulaan ini bertujuan untuk menerangkan data penyelidikan yang dikumpul dengan menanyakan beberapa soalan seperti 'Apa yang sedang berlaku'?
    2. Sense Making - Menyusun  atau mengelompokkan data-data yang dikumpulkan
    3. Interpretation - Menghuraikan data yang diperolehi dan apa yang dipelajari daripada kajian.
    4. Implication Drawing - Merancang, membina, atau membaiki  pendekatan yang sesuai berdasarkan hasil kajian. 


    Sokongan :

             Menurut Kemmis & Mc Taggart (1988), melakukan kajian tindakan (menguji sesuatu pendekatan atau kaedah ) secara kolaborasi adalah lebih bermakna,. Ini dinyatakan  dalam jurnal Collaborative action research to develop the used of solution-focused approaches di mana kebanyakan pengkaji menekankan sesuatu pendekatan perlulah dilakukan secara kolaborasi supaya perubahan yang diinginkan boleh dilihat dalam sesuatu organisasi dan institusi malah kepada pengkaji itu sendiri.

    Penilaian terhadap buku ini:
    Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.

    AKTIVITI 9 - TUGASAN 4 - KT MINI


    MATLAMAT KAJIAN:

    - Meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam kelas semasa proses P&P.



    - Meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi supaya kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (student centered learning) lebih berkesan.



    - Mengubah amalan pengajaran guru supaya lebih berkesan dan berpusatkan pelajar




    OBJEKTIF KAJIAN:

    - Memberbaiki kaedah pengajaran yang sedia ada ke arah yang lebih menarik dan kreatif.


    - Meningkatkan kefahaman pelajar.



    PERSOALAN KAJIAN:

    - Adakah penggunaan window movie maker dapat meningkatkan pemahaman pelajar?



    - Adakah penggunaan windows movie maker dapat membantu pelajar mengingat dengan mudah?

    AKTIVITI 8 : TUGASAN 4 - KT MINI


    CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN:

    A. INDIVIDU

    - Guru memberikan tugasan kepada pelajar membuat kerja lapangan.



    - Guru perlu mempelbagaikan kit pengajaran.



    - Guru menggunakan teknologi dalam P&P supaya pelajar terdedah dengan ICT.




    B. PASUKAN

    - Menggunakan kaedah yang lebih menarik dan pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan seperti menggunakan kaedah movie maker dalam proses P&P.



    - Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berasaskan masalah.



    - Mengadakan perbincangan secara berkumpulan menggunakan teknik jigsaw.



    - Menggunakan windows movie maker supaya penyampaian guru lebih jelas, menjimatkan masa untuk menyalin nota di papan tulis.




    C. CADANGAN RAKAN (TEMUBUAL)

    - Guru perlu mempelbagaikan video yang menarik dan terkini.



    - Adanya penerapan nilai-nilai murni dalam video yang ditunjukkan.



    - Tayangan video selari dengan objektif pengajaran yang ingini dicapai.





    LITERATURE REVIEW



    PERNYATAAN MASALAH

    Kebanyakan pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran tidak begitu berkesan mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian.

    AKTIVITI 7 : TUGASAN 4 - KT MINI


    KELEMAHAN PENGAJARAN

    A. PENGALAMAN

    REFLEKSI INDIVIDU

    - Latih tubi yang terlalu banyak membuatkan pelajar jemu dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.



    - Hanya wujud interaksi satu hala menyebabkan pelajar pasif dan mudah mengantuk.



    - Tidak menjana idea pelajar kerana hanya menerima penerangan daripada guru.




    KUMPULAN

    - Bagi subjek perdagangan, pelajar tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru kerana sibuk menyalin nota di papan tulis. Oleh itu penerangan yang diberikan kurang berkesan kepada pelajar.



    - Proses P&P hanya berpusatkan kepada guru. Semua maklumat disampaikan oleh guru sahaja tanpa melibatkan penyertaan pelajar.



    - Bagi subjek matematik, terlalu banyak latih tubi diberikan selepas sesuatu topik diajar. Bagi pelajar yang tidak minat subjek matematik, mereka tidak akan membuat latihan dan akan meniru rakan yang telah siap. Ini menyebabkan pelajar yang lemah hilang minat dan cepat berasa bosan.



    B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)

    - Pelajar tidak memberi perhatian jika subjek itu tidak diminatinya.



    - Guru menggunakan teknik movie maker yang sama dan menyebabkan pelajar jemu.



    - Memerlukan alatan yang lengkap seperti speaker, skrin dan lain-lain.




    C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

    AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 - KT MINI

    KEKUATAN PENGAJARAN:

    A. PENGALAMAN

    REFLEKSI INDIVIDU

    - Guru memberikan penerangan yang jelas terutamanya penerangan konsep dan definisi. Pembelajaran berpusatkan guru.


    - Guru mempunyai pengetahuan yang luas dan pakar dengan bidangnya.


    - Pelajar diberikan latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka.


    KUMPULAN

    - Bagi subjek Perdagangan, guru pada masa itu lebih kepada memberi penerangan dan murid hanya mendengar. Memandangkan guru mempunyai perniagaan sendiri, jadi isi pengajaran lebih tertumpu kepada penceritaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Secara tidak langsung, pelajar lebih faham kerana guru menggunakan contoh yang nyata.


    - Selain itu, guru menggunakan keratan akhbar yang berkaitan topik yang ingin diajar sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang P&P, wujud interaksi dua hala antara guru dan pelajar.


    - Bagi subjek matematik, guru menggunakan konsep mentor mentee. Rakan yang pakar akan membantu rakan yang lain. Kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar tidak malu untuk bertanya sesama rakan sekiranya tidak faham berbanding denga guru yang mungkin menyebabkan pelajar takut dan malu bertanya. Di samping itu juga guru memberikan penerangan yang jelas sehingga pelajar benar-benar faham.


    B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)

    - Dapat menarik minat pelajar untuk memberi sepenuh perhatian disamping memudahkan untuk mengingat pengajaran guru.


    - Pelajar teruja dengan aplikasi teknologi yang digunakan oleh guru dalam proses P&P.


    - Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas dengan kaedah pengajaran tradisional.


    C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

    Penggunaan windows movie maker menjadikan pelajar mengikuti pembelajaran secara interaktif. Terutamanya dalam mempelajari subjek sains dan pengajaran social. Dengan cara ini pelajar dapat mengulang semula apa yang dipelajari menggunakan ayat mereka sendiri. Pelajar juga akan lebih mengingati dan memahami pelajarannya. Windows movie maker juga boleh ditambah lagu dan bahan grafik. (Emily Hite, 2008).

    Menurut Gilbert (1967), pelajar akan menjadi lebih cemerlang dan menjadikan mereka lebih artistik sensitive dan menjadikan mereka mampu menyampaikan sesuatu mesej melalui persembahan multimedia. Movie maker memberikan pengalaman pendidikan yang baru kepada para pelajar.