Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU


The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry

By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva

Apa itu Kajian Tindakan?


Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
Elliott (1988):
Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang   telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat

Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?

  •   - Mengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
  •   - Menyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
  •   - Sebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
  •   - Supaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
  •   - Guru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri

  •   - Kajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain

Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
a.  Apabila timbul persoalan  dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa). Persoalan merujuk kepada permasalahan yang timbul yang menghalang P&P guru secara berkesan.     
            
b. Apabila seseorang guru ingin menguji teknik dan strategi pengajaran             

c. Apabila guru ingin mengenalpasti masalah yang terdapat dalam institusi sekolah 

d. Apabila guru ingin melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu pendekatan atau teknik pengajarannya

Di mana Guru Melakukan Kajian?
Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah, di Sekolah

Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?

Dalam buku ini kajian dilakukan secara kolaborasi antara guru-guru. 


 Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
1.     Mencari persoalan kajian
2.     Mengumpul Data
3.     Menganalisi Data
4.     Menulis hasil kajian  

5.     Berkongsi hasil kajian yang diperolehi 

  • Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988) 



Pengumpulan Data:


Dalam buku ini penulis menyatakan tujuh strategi yang boleh digunakan untuk mengumpulkan data di sekolah iaitu:
Strategi 1 : Catatan lapangan (Fieldnotes)
Nota yang dimaksudkan penulis ialah catatan yang dibuat oleh guru setiap hari untuk membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajarnya di dalam kelas setiap hari seperti soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar, tingkah laku, minat atau fokus pelajar pada sesuatu topic dan sebagainya . Catatan ini boleh  diambil dalam pelbagai bentuk seperti diagram, nota ringkas, komen dan sebagainya. Catatan ini juga boleh diambil semasa perbincangan dengan murid.
Strategi 2 : Dokumen / Artifak
Dokumen / artifak disini merujuk kepada hasil  kerja pelajar yang dikumpulkan. Perbandingan boleh dibuat dengan hasil kerja berkanaan. Contohnya guru boleh membandingkan pencapaian seseorang pelajar itu dari semasa ke semasa dengan merujuk hasil kerja pelajar berkenaan yang telah dikumpulkan selama beberapa tempoh seperti  kerja rumah pelajar dan maklumat pelajar
Strategi 3 : Temubual
“Teacher talk is important”  . Dalam buku ini pengkaji menyatakan cara ini adalah penting untuk mendapatkan sumber data secara tepat dan terbuka. Guru boleh menemubual pelajar-pelajarnya sendiri berkenaan isu yang ingin dikaji, ibu bapa pelajar, pihak pentadbir dan guru-guru yang lain. Pengkaji menceritakan bagaimana beliau telah bertanya kepada bekas pelajarnya bagaimana cara dia mengingati sesuatu eksperimen sains yang dilakukan walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan, pelajar itu mengatakan bahawa ialah kerana eksperimen itu dilakukan beberapa kali berulang-ulang sehingga  pelajar faham. Dari temubual seperti ini sebenarnya guru boleh mendapatkan pendapat berkenaan pendekatan atau teknik yang boleh dilakukan.
Strategi 4 : Kumpulan Sasaran
Strategi ini merupakan satu lagi cara bagi guru untuk mendapatkan pandangan dan persepsi pelajar-pelajar. Guru dengan cepat dapat mengumpulkan data dengan memfokuskan kepada kelompok pelajar yang dipilih ini.
Strategi 5 : Reflective Jurnals
Journal provide teachers a tool for reflecting   on their own thought prosesses.
Strategi 6 : Tinjauan
Kaedah ini lebih formal. Soalan dikemukakan dan pelajar menjawab dan memberikan pendapat mereka tanpa dipaksa.
Straregi 7 : Literatur
Literatur dilihat denganperspektif yang lebih luas. Literatur berkaitan dengan kajian yang dilakukan boleh dijadikan rujukan untuk guru mengetahui perkembangan semasa topik atau isu kajiannya. 

Penganalisisan data:
4 langkah digunakan untuk menganalisa data yang telah dikumpul:
  1. Description Data - Langkah permulaan ini bertujuan untuk menerangkan data penyelidikan yang dikumpul dengan menanyakan beberapa soalan seperti 'Apa yang sedang berlaku'?
  2. Sense Making - Menyusun  atau mengelompokkan data-data yang dikumpulkan
  3. Interpretation - Menghuraikan data yang diperolehi dan apa yang dipelajari daripada kajian.
  4. Implication Drawing - Merancang, membina, atau membaiki  pendekatan yang sesuai berdasarkan hasil kajian. 


Sokongan :

         Menurut Kemmis & Mc Taggart (1988), melakukan kajian tindakan (menguji sesuatu pendekatan atau kaedah ) secara kolaborasi adalah lebih bermakna,. Ini dinyatakan  dalam jurnal Collaborative action research to develop the used of solution-focused approaches di mana kebanyakan pengkaji menekankan sesuatu pendekatan perlulah dilakukan secara kolaborasi supaya perubahan yang diinginkan boleh dilihat dalam sesuatu organisasi dan institusi malah kepada pengkaji itu sendiri.

Penilaian terhadap buku ini:
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.

No comments:

Post a Comment