Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 6 : TUGASAN 4 - KT MINI

KEKUATAN PENGAJARAN:

A. PENGALAMAN

REFLEKSI INDIVIDU

- Guru memberikan penerangan yang jelas terutamanya penerangan konsep dan definisi. Pembelajaran berpusatkan guru.


- Guru mempunyai pengetahuan yang luas dan pakar dengan bidangnya.


- Pelajar diberikan latih tubi yang banyak untuk memahirkan mereka.


KUMPULAN

- Bagi subjek Perdagangan, guru pada masa itu lebih kepada memberi penerangan dan murid hanya mendengar. Memandangkan guru mempunyai perniagaan sendiri, jadi isi pengajaran lebih tertumpu kepada penceritaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Secara tidak langsung, pelajar lebih faham kerana guru menggunakan contoh yang nyata.


- Selain itu, guru menggunakan keratan akhbar yang berkaitan topik yang ingin diajar sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang P&P, wujud interaksi dua hala antara guru dan pelajar.


- Bagi subjek matematik, guru menggunakan konsep mentor mentee. Rakan yang pakar akan membantu rakan yang lain. Kaedah ini sangat berkesan kerana pelajar tidak malu untuk bertanya sesama rakan sekiranya tidak faham berbanding denga guru yang mungkin menyebabkan pelajar takut dan malu bertanya. Di samping itu juga guru memberikan penerangan yang jelas sehingga pelajar benar-benar faham.


B. PENGALAMAN DARI LUAR PASUKAN (TEMUBUAL RAKAN)

- Dapat menarik minat pelajar untuk memberi sepenuh perhatian disamping memudahkan untuk mengingat pengajaran guru.


- Pelajar teruja dengan aplikasi teknologi yang digunakan oleh guru dalam proses P&P.


- Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas dengan kaedah pengajaran tradisional.


C. BERDASARKAN LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

Penggunaan windows movie maker menjadikan pelajar mengikuti pembelajaran secara interaktif. Terutamanya dalam mempelajari subjek sains dan pengajaran social. Dengan cara ini pelajar dapat mengulang semula apa yang dipelajari menggunakan ayat mereka sendiri. Pelajar juga akan lebih mengingati dan memahami pelajarannya. Windows movie maker juga boleh ditambah lagu dan bahan grafik. (Emily Hite, 2008).

Menurut Gilbert (1967), pelajar akan menjadi lebih cemerlang dan menjadikan mereka lebih artistik sensitive dan menjadikan mereka mampu menyampaikan sesuatu mesej melalui persembahan multimedia. Movie maker memberikan pengalaman pendidikan yang baru kepada para pelajar.

No comments:

Post a Comment