Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL


  TAJUK JURNAL
Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education

By:
Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.

Improving Critical Thinking Skills in History
By :
Carl Savich, Oakland University

Supporting Academic Improvement Among Eighth Graders at Risk for Retention: An Action Research Intervention
By:
E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama
MASALAH YANG DIJADIKAN KAJIAN
Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.
Kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar dan membebankan.
Peranan guru kaunseling atau keunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang sering melakukan kesalahan. Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.

No comments:

Post a Comment