Thursday, December 17, 2009

Aktiviti : Pengumpulan & Penganalisisan Data


Tajuk Jurnal: Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education
By: Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.
Pengumpulan & Penganalisisin Data

Terdapat beberapa peringkat atau kaedah dalam melihat hasil kajian ini yang digunakan oleh penyelidik dalam kitaran pertama iaitu: 

1. Pemerhatian:

Pada peringkat permulaan kajian ini dilakukan, pemerhatian yang dilakukan mendapati pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Apabila suatu masalah diberikan, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya sehingga tamat masa P&P tersebut.

2. Diagnosis:

Pada kelas seterusnya, guru menyatakan hasil pemerhatiaanya pada kelas yang lepas kepada pelajar dan meminta mereka memberikan komitmen yang lebih. Pelajar juga diminta menyatakan masalah mereka. Antara masalah yang diutarakan ialah:

    - lupa formula

    - tahu formula tetapi tidak tahu menggunakannya dengan tepat

3. Rancangan Tindakan:

Pelajar diminta mencadangkan cara bagaimana mengatasi masalah mereka sendiri. Antara cadangan mereka ialah:

                  ·         Daftar formula (kamus)

                  ·         Tulis formula setiap hari

                  ·         Ujian dilakukan berasingan

4. Tindakan:

Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.


5. Penilaian:

Untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan ini, tugasan diberikan kepada pelajar dan pelajar menyiapkannya di dalam kelas. Hasilnya agak positif dimana kesalahan telah berkurangan. Mereka juga telah memahami sesuatu konsep dengan baik.

5. Hasil:

Kajian mendapati sekiranya pelajar dilibatkan bersama dalam membuat keputusan berkenaan kaedah meningkatkan strategi pembelajarann mereka, pembelajaran dan pencapaian mereka akan lebih baik. Melalui kuiz dan ujian semester yang dijalankan juga telah menunjukkan peningkatan dalam markah yang diperolehi


Teknik Penganalisisan Data
Menganalisis data kualitatif sering menimbulkan masalah kerana belum ada kaedah yang jelas untuk mentafsir data tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah membina makna daripada data yang dikumpul dengan:
  • menyusun data mengikut jenis/kategori, daripada terperinci kepada umum (daripada descriptive kepada explanatory, daripada concrete kepada abstrak): (1) noting patterns/themes; (2) seeing plausibility; (3) clustering;
  • membuat integrasi antara data yang berbeza: (4) making metaphors;
melihat data yang telah dimiliki/dikumpul: (5) counting;
  • menambah kefahaman:(6) making contrasts/comparisons;
  • melihat perkaitan antara data secara abstrak: (7) partitioning variables; (8) subsuming (menggolongkan) particulars into general; (9) factoring; (10) noting relations between variables; (11) finding intervening variables;

No comments:

Post a Comment