Friday, November 13, 2009

TUGASAN 1: Ulasan Buku


The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry

By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva


Apa itu Kajian Tindakan?


Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
Elliott (1988):
Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang   telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat

Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?
Ø Mengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
Ø Menyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
Ø Sebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
Ø Supaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
Ø Guru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri
Ø Kajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain

Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
Apabila timbul persoalan yang dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa).

Dimana Guru Melakukan Kajian?
Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah

Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?
1.     Pemerhatian- guru akan mencatat perubahan tingkah laku pelajar di dalam kelas.
2.     Dokumentasi- setiap hasil kerja pelajar akan difailkan sebagai rujukan
3.     Tinjauan dan Temu bual - pelajar, ibu bapa, guru-guru untuk mendapatkan pandangan
4.     Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988) 





Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
1.     Mencari persoalan kajian
2.     Mengumpul Data
3.     Menganalisi Data
4.     Menulis hasil kajian
5.     Berkongsi hasil kajian yang diperolehi

Penilaian terhadap buku ini:
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : Tugasan 2 : Jurnal


Norsyuhadah Binti Mohd Zawi :

ACTION RESEARCH : AN APPROACH FOR THE TEACHER IN HIGHER EDUCATION
By : Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.

Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik. Jadi kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti punca pandangan negatif ini dan mengubah pandangan mereka ini supaya lebuh positif. Selain itu ialah untuk mencari cara bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.

Pengkaji telah menggunakan konsep PAR Iaitu Practikal Action Research. PAR juga disamakan dengan Participatory action Research, Collaborative Action Research Action Learning dan sebagainya. Pendekatan ini menggabungkan pelajar dan guru bersama-sama melakukan kajian dalam kelas mereka dan melihat keberkesanan kajian pendekatan mereka pada akhirnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai co-learners. ( so, nobody considered the expert).

Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.



IMPROVING CRITICAL THINKING SKILLS IN HISTORY
By : Carl Savich, Oakland University

Kajian yang telah dilakukan pengkaji ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dalam kelas Sejarah di peringkat sekolah menengah. Pelajar-pelajar mendapati subjek sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Kajian ini dilakukan untuk mencari strategi pembelajaran, teknik dan kaedah yang paling efektif. Kajian dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar. Satu kumpulan akan diajar menggunakan kaedah kuliah (lecture) dan kumpulan yang satu lagi diajar menggunakan kaedah penyoalan. Kriteria yang akan diembil kira ialah samada pelajar mampu untuk menganalisis, menilai dan memahami konsep bukan sahaja menghafal sesuatu fakta.

Pencapaian dibuat melalui kuiz, ujian dan tugasan yang diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan keputusan pelajar yang diajarkan dengan kaedah pembelajaran penyoalan mendapat keputusan yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah kuliah. Kesimpulannnya, kemahiran pemikiran kritikal akan berkesan untuk mendalami sesuatu topik itu manakala kaedah kuliah sesuai untuk pengenalan dan latar belakang sesuatu topic tersebut.




SUPPORTING ACADEMIC IMPROVEMENT AMONG EIGHTH GRADERS AT RISK FOR RETENTION: AN ACTION RESEARCH INTERVENTION

By: E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama


Terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Peranan guru kaunseling atau kaunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan.  Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.    
Penyelidik adalah juga seorang guru kaunseling. Penyelidik melakukan kajian tindakan dengan cara memberikan kaunseling kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk meningkatkan pencapaian atau gred mereka. Penyelidik menggunakan kaedah kaunseling dengan pendekatannya tersendiri untuk mendekati pelajar-pelajar terbabit. Sampel kajian adalah seramai 52 orang pelajar yang pencapaian dalam gred adalah lemah dan dilakukan di dalam bilik kaunseling.


Sulhana Binti Che Kamaruddin:


COMING TO TERMS WITH THE ONLINE INSTRUCTIONAL REVOLUTION : A SUCCESS STORY REVEALED THROUGH ACTION RESEARCH

By : Eddie Lunsford &  Kimberly Bolton

Kertas kajian ini menerangkan tentang kursus tindakan dan hasil projek guru berdasarkan kajian tindakan yang di mana ia memberi penekanan terhadap peningkatan dan penilaian pengajaran  biologi secara online bagi mereka yang bukan major dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan dalam komuniti kolej yang kecil dan format-format penyampaiannya dibandingkan dengan yang secara tradisional. Setelah setahun penyampaian tersebut dijalankan, pelajar adalah dinilai berdasarkan 50 item dengan ujian pilihan yang pelbagai . Format kajian mungkin boleh diguna pakai untuk melihat isu-isu berkaitan dengan menggunakan pengajaran secara laman sesawang.


REFLECTION-IN-AND-ON ACTION IN PARTICIPATORY ACTION RESEARCH: TOWARD ASSESSMENT FOR LEARNING



By: Penny Singh


Artikel ini adalah berkenaan penggunaan penaksiran secara lisan untuk pembelajaran dengan menggunakan pendekatan secara refleksi in and on dalam satu rangka kerja penyelidikan kajian tindakan. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi alasan terhadap penglibatan penaksiran lisan dalam sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada kandungan pembelajaran yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar termasuklah teman-teman sebaya dan juga penaksir-penaksir. Penaksir-penaksir juga mempelajari tentang pelajar-pelajar mereka sebagai individu, amalan-amalan pembelajaran mereka dan mengkritik pengajaran mereka daripada penaksiran lisan.
Pengajaran yang bernilai dipelajari untuk pengajaran berkumpulan secara kolaboratif dan membuat penilaian untuk memberi manfaat kepada penaksir-penaksir dan juga pelajar-pelajar. Kajian ini juga mendapati tindakan penyelidikan memberikan penaksir-penaksir satu cara untuk melakukan benda baru dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri, dengan rakan-rakan mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.



AKTIVITI 1 : Tugasan 1 Buku

  
Apa itu Kajian Tindakan?


Buku 1:

The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva

  • Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru atau lebih melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian menmperbaiki proses P&P di dalam kelas.
  • Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial 
  •  
    Buku 2 :
    All You Need To Know About Action Research
    By Jean McNiff & Jack Whitehead

    • Kajian yang membolehkan guru mengkaji serta menilai kerja mereka berkaitan “apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk meningkatkan mutu pengajaran dan membuat penambahbaikan supaya ianya berkesan dan boleh digunakan oleh orang lain. Terutama sekali bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian tindakan merupakan proses yang bersifat berterusan.

    Buku 3: 
    Classroom Research: Implementing the Scholarship of Teaching
    By: Cross K. P & Steadman M. H.

    • Berdasarkan buku ini, kajian di dalam bilik darjah adalah kajian yang dilakukan oleh guru mengenai proses P&P di dalam bilik darjah sendiri. Kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan pembelajaran secara kolaboratif secara aktif di dalam bilik darjah berikut. Guru akan belajar bagaimana untuk menjadi guru yang lebih efektif dan pelajar akan belajar untuk menjadi pelajar yang lebih efektif. Ia menekankan tentang apa yang berlaku di dalam kelas serta proses-prosesnya.

    TUGASAN 2 : Ulasan Jurnal


                                      TAJUK JURNAL
    Action Reserch : An Approach For The Teacher In Higher Education

    By:
    Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.

    Improving Critical Thinking Skills in History
    By :
    Carl Savich, Oakland University

    Supporting Academic Improvement Among Eighth Graders at Risk for Retention: An Action Research Intervention
    By:
    E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama

    KAJIAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENULIS/PENYELIDIK
    Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti punca pandangan negatif ini dan mengubah pandangan mereka ini supaya lebuh positif. Selain itu ialah untuk mencari cara bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.

    Kajian memfokuskan kepada untuk mencari strategi pembelajaran, teknik dan kaedah yang dapat menyediakan minda pelajar kepada pemikiran kritikal dalam pengajaran Sejarah diperingkat sekolah menengah. Selain itu juga untuk mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini dan meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari Sejarah.

    Pennyelidik adalah juga seorang guru kaunseling. Penyelidik melakukan kajian tindakan dengan cara memberkan kaunseling kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk meningkatkan pencapaian atau gred mereka. Penyelidik menggunakan kaedah kaunseling yang dengan pendekatannya tersendiri untuk mendekati pelajar-pelajar terbabit.
    MASALAH YANG DIJADIKAN KAJIAN
    Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.
    Kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar dan membebankan.
    Terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Peranan guru kaunseling atau kaunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan.  Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.

    SAMPEL DAN SETTING KAJIAN
    Seramai 45 orang pelajar mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Kesemua mereka adalah pelajar tahun tiga B.Sc.
    Kajian dilakukan dalam bilik darjah
    Kajian ini dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar sekolah tinggi yang berumur antara 16-17 tahun. Kajian dilakukan dalam bilik darjah

    52 orang pelajar yang pencapaian dalam gred adalah lemah dan dilakukan di dalam bilik kaunseling.
    PROSEDUR KAJIAN
    Pengkaji telah menggunakan konsep PAR Iaitu Practikal Action Research. PAR juga disamakan dengan  Participatory action Research, Collaborative Action Research Action Learning dan sebagainya. Pendekatan ini menggabungkan pelajar dan guru bersama-sama melakukan kajian dalam kelas mereka dan melihat keberkesanan kajian pendekatan mereka pada akhirnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai co-learners. ( so, nobody considered the expert).
    Kajian ini mengambil model yang diterangkan oleh Gerald Susman (1983) iaitu dimulakan dengan mengenalpasti masalah atau isu. Kemudian diikuti dengan cadangan beberapa penyelesaian masalah atau kaedah dan memilih satu kaedah sahaja untuk diuji. Selepas kajian dilakukan  data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis. Hasil dapatan kajian tersebut seterusnya dijelaskan secara mudah tentang keberkesanan atau tidak kaedah yang telah dilakukan kajian.
    Pengkaji mengenalpasti masalah iaitu pelajar berasa bosan dan pasif di dalam kelas sejarah. Kemudian pengkaji mencari satu kaedah untuk dijalankan kajian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kajian dilakukan seperti yang dirancang dan pengkaji mengumpulkan data, dan menganalisisnya. Kemudian kesimpulan dibuat. Keputusan kajian atau hasil dapatan digunakan pengkaji untuk diaplikasikan dalam P&P dan merancang aktiviti pengajaran harian seterusnya selari dengan kaedah yang telah dikenalpasti.

    Kajian ini dilakukan secara kolaborataif antara pihak pentadbir sekolaha, guru-guru kelas gred 8 dan kaunselor. Pengkaji menggunakan kaedah kaunseling kepada sampel yang dipilih. Kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah pelajar dan memilih sampel yang difokuskan. Kemudian pengkaji merancang pendekatan untuk diuji dan menjalankan pendekatan tersebut ke atas pelajar. Intervensi dilakukan dengan mengadakan beberapa sesi kaunseling mengikut kumpulan pelajar. Setiap sesi adalah selama 30 minit dan setiap kumpulan seramai 7 orang pelajar sahaja setiap sesi tersebut. Sesi memfokuskan kepada perkongsian perkara-perkara positif yang dilakukan pelajar dan mereka diminta menceritakan pencapaian yang membanggakan yang pernah diperolehi. Beberapa pendekatan pujian dan peneguhan juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling. Selepas sesi secara kumpulan, sesi kaunseling bersama pelajar secara individu pula dilakasanakan. Kaedah yang berlainan digunakan untuk menaikkan motivasi pelajar berkenaan. Seterusnya segala perubahan dan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa dicatat dan direkodkan. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat tahap pencapaian mereka kerana kaunselor percaya dengan cara ini pelajar akan lebih termotivasi apabuila melihat sendiri pencapaian mereka dan mendorong mereka untuk membuat lebih baik. Kemudian analisis dibuat dan intrepetasikan. Hasil dapatan dibuat kesimpulan.

    KAEDAH PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN
    Terdapat beberapa peringkat atau kaedah dalam melihat hasil kajian ini yang digunakan oleh penyelidik dalam kitaran pertama iaitu:


    1. Pemerhatian:
    Pada peringkat permulaan kajian ini dilakukan, pemerhatian yang dilakukan mendapati pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Apabila suatu masalah diberikan, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya sehingga tamat masa P&P tersebut.

    2. Diagnosis:
    Pada kelas seterusnya, guru menyatakan hasil pemerhatiaanya pada kelas yang lepas kepada pelajar dan meminta mereka memberikan komitmen yang lebih. Pelajar juga diminta menyatakan masalah mereka. Antara masalah yang diutarakan ialah:
        - lupa formula
        - tahu formula tetapi tidak tahu menggunakannya dengan tepat

    3. Rancangan Tindakan:
    Pelajar diminta mencadangkan cara bagaimana mengatasi masalah mereka sendiri. Antara cadangan mereka ialah:
    ·         Daftar formula (kamus)
    ·         Tulis formula setiap hari
    ·         Ujian dilakukan berasingan

    4. Tindakan:
    Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.

    5. Penilaian:
    Untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan ini, tugasan diberikan kepada pelajar dan pelajar menyiapkannya di dalam kelas. Hasilnya agak positif dimana kesalahan telah berkurangan. Mereka juga telah memahami sesuatu konsep dengan baik.

    5. Hasil:
    Kajian mendapati sekiranya pelajar dilibatkan bersama dalam membuat keputusan berkenaan kaedah meningkatkan strategi pembelajarann mereka, pembelajaran dan pencapaian mereka akan lebih baik. Melalui kuiz dan ujian semester yang dijalankan juga telah menunjukkan peningkatan dalam markah yang diperolehi.

    Pengumpulan data dilakukan dengan  ujian, kuiz, tugasan dan peperiksaan yang dilakukan. Selain itu pengkaji juga mencatat dalam buku log harian, pencapaian pelajar dari segi penyertaan di dalam aktiviti dalam kelas.
    Analisis data dibuat dengan membuat perbandingan sebelum dan selepas kajian dilakukan. Pengakaji membandingkan markah purata yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan pelajar dan tahap keaktifan mereka di dalam bilik darjah.
    Hasil:
    Keputusan yang diperolehi menunjukkan keputusan pelajar yang diajarkan dengan kaedah pembelajaran penyoalan mendapat keputusan yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah kuliah. Kesimpulannnya, kemahiran pemikiran kritikal akan berkesan untuk mendalami sesuatu topik itu manakala kaedah kuliah sesuai untuk pengenalan dan latar belakang sesuatu topik tersebut.
    Pengkaji menggunakan 3 indikator utama dalam pengumpulan data bagi setiap pelajar.
    1)      Pertama ialah dengan mengambil gred untuk 5 subjek utama.

    2)      Kedua ialah mengambil purata gred kumulatif.

    3)      Ketiga dengan mengambil gred yang diperolehi pelajar dalam peperiksaan peringkat negeri untuk dibandingkan dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun peringkat sekolah.

    PAPARAN DAPATAN KAJIAN
    Hasil kajian dipaparkan dalam bentuk karangan, jadual dan graf bar
    Pengkaji memaparkan hasil kajian dalam bentuk graf bar
    Pengkaji menggunakan Microsoft excel untuk merekodkan pencapaian pelajar. Ini bagi memudahkan pengkaji, guru-guru lain dan pelajar itu sendiri melihat perkembangan pencapaian pelajar. Pencapaian semasa juga ditunjukkan dalam bentuk graf bar bagi tujuan perbandingan dengan pencapaian sebelumnya.
                        PERBANDINGAN MASALAH YANG DIKAJI ANTARA JURNAL
    Masalah yang dikaji jurnal ini adalah berkenaan pelajar yang menganggap subjek Biostatistik sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik.
    Jurnal ini pula mengkaji masalah berikutan kaedah pengajaran tradisional yang biasa digunakan tidak mengaplikasikan konsep analitikal, penilaian, sintesis dan tidak menggalakkan pelajar kepada berfikir secara kritikal. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Bagi pelajar, Sejarah adalah menghafal dan kebanyakkan pelajar menghafal adalah sesuatu yang sangat sukar

    Jurnal 3 ini mengkaji masalah terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Pencapaian mereka adalah di bawah tahap minima.
      PERBANDINGAN CARA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
    Pengkaji telah menggunakan konsep PAR Iaitu Practikal Action Research. PAR juga disamakan dengan  Participatory action Research, Collaborative Action Research Action Learning dan sebagainya. Pendekatan ini menggabungkan pelajar dan guru bersama-sama melakukan kajian dalam kelas mereka dan melihat keberkesanan kajian pendekatan mereka pada akhirnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai co-learners. ( so, nobody considered the expert).
    Kajian ini mengambil model yang diterangkan oleh Gerald Susman (1983) iaitu dimulakan dengan mengenalpasti masalah atau isu. Kemudian diikuti dengan cadangan beberapa penyelesaian masalah atau kaedah dan memilih satu kaedah sahaja untuk diuji. Selepas kajian dilakukan  data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis. Hasil dapatan kajian tersebut seterusnya dijelaskan secara mudah tentang keberkesanan atau tidak kaedah yang telah dilakukan kajian.
    Pengkaji mengenalpasti masalah iaitu pelajar berasa bosan dan pasif di dalam kelas sejarah. Kemudian pengkaji mencari satu kaedah untuk dijalankan kajian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kajian dilakukan seperti yang dirancang dan pengkaji mengumpulkan data, dan menganalisisnya. Kemudian kesimpulan dibuat. Keputusan kajian atau hasil dapatan digunakan pengkaji untuk diaplikasikan dalam P&P dan merancang aktiviti pengajaran harian seterusnya selari dengan kaedah yang telah dikenalpasti.

    Kajian ini dilakukan secara kolaborataif antara pihak pentadbir sekolaha, guru-guru kelas gred 8 dan kaunselor. Pengkaji menggunakan kaedah kaunseling kepada sampel yang dipilih. Kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah pelajar dan memilih sampel yang difokuskan. Kemudian pengkaji merancang pendekatan untuk diuji dan menjalankan pendekatan tersebut ke atas pelajar. Intervensi dilakukan dengan mengadakan beberapa sesi kaunseling mengikut kumpulan pelajar. Setiap sesi adalah selama 30 minit dan setiap kumpulan seramai 7 orang pelajar sahaja setiap sesi tersebut. Sesi memfokuskan kepada perkongsian perkara-perkara positif yang dilakukan pelajar dan mereka diminta menceritakan pencapaian yang membanggakan yang pernah diperolehi. Beberapa pendekatan pujian dan peneguhan juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling. Selepas sesi secara kumpulan, sesi kaunseling bersama pelajar secara individu pula dilakasanakan. Kaedah yang berlainan digunakan untuk menaikkan motivasi pelajar berkenaan. Seterusnya segala perubahan dan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa dicatat dan direkodkan. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat tahap pencapaian mereka kerana kaunselor percaya dengan cara ini pelajar akan lebih termotivasi apabuila melihat sendiri pencapaian mereka dan mendorong mereka untuk membuat lebih baik. Kemudian analisis dibuat dan intrepetasikan. Hasil dapatan dibuat kesimpulan.

    HASIL YANG DIPELAJARI DARI KETIGA-TIGA JURNAL
    Daripada ketiga-tiga jurnal, saya dapat mempelajari cara/prosedur sebenar melakukan kajian tindakan berdasarkan model-model tertentu. Terdapat banyak model yang boleh dijadikan panduan di mana secara keseluruhannya hampir sama yang merangkumi 4 langkah utama iaitu mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah, merancang langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut, melaksanakan apa yang dirancang, dan jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan. Cara pelaksanaan, kaedah pengumpulan dan analisis data boleh dilakukan mengikut kreativiti pengkaji itu sendiri dan bukanlah bersifat rigid. Kajian juga tidak hanya perlu dilakukan dalam bilik darjah sahaja malahan pelbagai tempat yang sesuai seperti jurnal ketiga iaitu di bilik kaunseling.

    Tugasan Kelas: Konsep & Model Kajian Tindakan


    Konsep Kajian Tindakan


                Elliott dan Adelman (1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.

                Elliott (1981) mengatakan bahawa kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.


                Bagi Carr dan Kemmis (1986) pula kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Kenyataan mereka:


                Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu mengadakan kajian.

                Menurut Hanipah Hussin (2001) kajian tindakan adalah satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

                Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dalam bilik darjah yang menghalang P&P dilakukan secara berkesan dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dan perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.



    Reka Bentuk Kajian

    Terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh digunapakai dalam membuat kajian tindakan:
    i)   Kemmis’s action research spiral– model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.
    ii) Elliott’s action research model – lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan ‘reconnaissance’ (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.
    iii) Ebbutt’s model – proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklumbalas       boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut

    Model-model:

      

    Rajah 1: Model Kurt Lewin











    Rajah 2: Kemmis's Action Research Spiral
    Rajah 3: Ebbutt's Model
     
    Rajah 4: Elliott's Action Research Model
    Rajah 5: McKernan's Action Research Model
    Rajah 6: Coghlan & Brannick Model