Konsep Kajian Tindakan
Elliott dan Adelman (1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.
Elliott (1981) mengatakan bahawa kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.
Bagi Carr dan Kemmis (1986) pula kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Kenyataan mereka:
Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu mengadakan kajian.
Menurut Hanipah Hussin (2001) kajian tindakan adalah satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dalam bilik darjah yang menghalang P&P dilakukan secara berkesan dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dan perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.
Reka Bentuk Kajian
Terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh digunapakai dalam membuat kajian tindakan:
i) Kemmis’s action research spiral– model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.
ii) Elliott’s action research model – lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan ‘reconnaissance’ (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.
iii) Ebbutt’s model – proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklumbalas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut
Rajah 1: Model Kurt Lewin
Rajah 2: Kemmis's Action Research Spiral
Rajah 3: Ebbutt's Model
Rajah 4: Elliott's Action Research Model
Rajah 5: McKernan's Action Research Model
Rajah 6: Coghlan & Brannick Model
No comments:
Post a Comment