The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva
Apa itu Kajian Tindakan?
Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian.
Elliott (1988):
Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Setiap kitaran melibatkan :
1. Mengenal pasti isu yang ingin diatasi atau diperbaiki
2. Merancang Strategi
3. Mengaplikasikan strategi yang telah dibuat
4. Menilai keberkesanan strategi yang telah dibuat
Mengapa Guru melakukan Kajian Tindakan?
Ø Mengenalpasti permasalahan yang menghalang P&P dijalankan dengan efektif
Ø Menyelesaikan sendiri masalah di dalam bilik darjahnya
Ø Sebagai satu cara guru mengemukakan pandangan mereka sebagai individu yang paling rapat dengan pelajar
Ø Supaya guru tidak hanya bergantung kepada penyelidik luar berkenaan pendekatan P&P di dalam bilik darjah
Ø Guru dapat membuat refleksi kaedah pengajarannya sendiri
Ø Kajian guru menjadi rujukan terbaik guru-guru lain
Bila Kajian Tindakan Dilakukan?
Apabila timbul persoalan yang dalam diri guru itu, maka bermulalah kajian tindakan bagi mencari jawapan kepada persoalan itu (bila-bila masa).
Dimana Guru Melakukan Kajian?
Dalam buku ini penyelidik melakukan penyelidikan di Bilik Darjah
Bagaimana Guru melakukan Kajian Tindakan?
1. Pemerhatian- guru akan mencatat perubahan tingkah laku pelajar di dalam kelas.
2. Dokumentasi- setiap hasil kerja pelajar akan difailkan sebagai rujukan
3. Tinjauan dan Temu bual - pelajar, ibu bapa, guru-guru untuk mendapatkan pandangan
4. Penulis tidak menyatakan secara terperinci model yang digunakan, hanya diberikan nama model sahaja iaitu model Elliot, (1988)
Prosedur Melakukan Kajian Tindakan:
Penulis menyatakan sebelum memulakan kajian perkara berikut perlu dilakukan dahulu:
1. Mencari persoalan kajian
2. Mengumpul Data
3. Menganalisi Data
4. Menulis hasil kajian
5. Berkongsi hasil kajian yang diperolehi
Penilaian terhadap buku ini:
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang menyeluruh berserta contoh yang sesuai bagaimana seorang guru boleh menjadi seorang penyelidik di dalam bilik darjahnya sendiri.
No comments:
Post a Comment