Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : Tugasan 2 : Jurnal


Norsyuhadah Binti Mohd Zawi :

ACTION RESEARCH : AN APPROACH FOR THE TEACHER IN HIGHER EDUCATION
By : Yasmeen G, Dept. of Physiology, University of Karachi.

Menurut penyelidik, masalah yang sering melanda setiap kali pelajar mengambil subjek Biostatistik saban tahun ialah mereka berasa subjek ini sangat sukar untuk dipelajari dan membebankan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan sangat mendukacitakan. Bagi pandangan pelajar subjek ini sangat menakutkan mereka. Pelajar yang bijak pun tidak mendapat markah yang baik. Jadi kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti punca pandangan negatif ini dan mengubah pandangan mereka ini supaya lebuh positif. Selain itu ialah untuk mencari cara bagaimana meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek ini.

Pengkaji telah menggunakan konsep PAR Iaitu Practikal Action Research. PAR juga disamakan dengan Participatory action Research, Collaborative Action Research Action Learning dan sebagainya. Pendekatan ini menggabungkan pelajar dan guru bersama-sama melakukan kajian dalam kelas mereka dan melihat keberkesanan kajian pendekatan mereka pada akhirnya. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar sebagai co-learners. ( so, nobody considered the expert).

Setelah perbincangan diadakan, semua bersetuju untuk menulis formula di belakang buku nota mereka. Setiap formula ditulis juga bila hendak mnggunakan dan bagaimana menggunakan formula tersebut. Guru pula akan menyoal pelajar setiap kali sebelum memulakan P&P.



IMPROVING CRITICAL THINKING SKILLS IN HISTORY
By : Carl Savich, Oakland University

Kajian yang telah dilakukan pengkaji ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dalam kelas Sejarah di peringkat sekolah menengah. Pelajar-pelajar mendapati subjek sejarah ini membosankan dan menyebabkan mereka pasif di dalam kelas. Kajian ini dilakukan untuk mencari strategi pembelajaran, teknik dan kaedah yang paling efektif. Kajian dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar. Satu kumpulan akan diajar menggunakan kaedah kuliah (lecture) dan kumpulan yang satu lagi diajar menggunakan kaedah penyoalan. Kriteria yang akan diembil kira ialah samada pelajar mampu untuk menganalisis, menilai dan memahami konsep bukan sahaja menghafal sesuatu fakta.

Pencapaian dibuat melalui kuiz, ujian dan tugasan yang diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan keputusan pelajar yang diajarkan dengan kaedah pembelajaran penyoalan mendapat keputusan yang lebih tinggi daripada kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah kuliah. Kesimpulannnya, kemahiran pemikiran kritikal akan berkesan untuk mendalami sesuatu topik itu manakala kaedah kuliah sesuai untuk pengenalan dan latar belakang sesuatu topic tersebut.




SUPPORTING ACADEMIC IMPROVEMENT AMONG EIGHTH GRADERS AT RISK FOR RETENTION: AN ACTION RESEARCH INTERVENTION

By: E. C. M. Mason, DePoul University & H. George McMahon, University of South Alabama


Terdapat pelbagai rungutan diterima daripada guru-guru gred 8 berkenaan pencapaian pelajar yang sangat lemah. Pelajar juga tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, menghantar projek yang tidak sempurna, dan pelbagai masalah yang lain. Peranan guru kaunseling atau kaunselor di sekolah semakin dituntut peranannya. Oleh itu kaunselor telah digesa memainkan peranan yang lebih agresif bagi membuktikan keberkesanan mereka dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan sahsiah terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan.  Hal ini telah membawa kajian ini yang akan melihat kepada hubungan antara kaedah khidmat kaunseling terhadap pencapaian para pelajar.    
Penyelidik adalah juga seorang guru kaunseling. Penyelidik melakukan kajian tindakan dengan cara memberikan kaunseling kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk meningkatkan pencapaian atau gred mereka. Penyelidik menggunakan kaedah kaunseling dengan pendekatannya tersendiri untuk mendekati pelajar-pelajar terbabit. Sampel kajian adalah seramai 52 orang pelajar yang pencapaian dalam gred adalah lemah dan dilakukan di dalam bilik kaunseling.


Sulhana Binti Che Kamaruddin:


COMING TO TERMS WITH THE ONLINE INSTRUCTIONAL REVOLUTION : A SUCCESS STORY REVEALED THROUGH ACTION RESEARCH

By : Eddie Lunsford &  Kimberly Bolton

Kertas kajian ini menerangkan tentang kursus tindakan dan hasil projek guru berdasarkan kajian tindakan yang di mana ia memberi penekanan terhadap peningkatan dan penilaian pengajaran  biologi secara online bagi mereka yang bukan major dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan dalam komuniti kolej yang kecil dan format-format penyampaiannya dibandingkan dengan yang secara tradisional. Setelah setahun penyampaian tersebut dijalankan, pelajar adalah dinilai berdasarkan 50 item dengan ujian pilihan yang pelbagai . Format kajian mungkin boleh diguna pakai untuk melihat isu-isu berkaitan dengan menggunakan pengajaran secara laman sesawang.


REFLECTION-IN-AND-ON ACTION IN PARTICIPATORY ACTION RESEARCH: TOWARD ASSESSMENT FOR LEARNING



By: Penny Singh


Artikel ini adalah berkenaan penggunaan penaksiran secara lisan untuk pembelajaran dengan menggunakan pendekatan secara refleksi in and on dalam satu rangka kerja penyelidikan kajian tindakan. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi alasan terhadap penglibatan penaksiran lisan dalam sains sebagai satu keadilan, pendekatan boleh dipercayai dan sahih kepada taksiran. Kajian ini mendapati bahawa sifat interaktif penaksiran lisan membawa kepada kandungan pembelajaran yang bertambah baik untuk pelajar-pelajar termasuklah teman-teman sebaya dan juga penaksir-penaksir. Penaksir-penaksir juga mempelajari tentang pelajar-pelajar mereka sebagai individu, amalan-amalan pembelajaran mereka dan mengkritik pengajaran mereka daripada penaksiran lisan.
Pengajaran yang bernilai dipelajari untuk pengajaran berkumpulan secara kolaboratif dan membuat penilaian untuk memberi manfaat kepada penaksir-penaksir dan juga pelajar-pelajar. Kajian ini juga mendapati tindakan penyelidikan memberikan penaksir-penaksir satu cara untuk melakukan benda baru dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri, dengan rakan-rakan mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.



No comments:

Post a Comment