Apa itu Kajian Tindakan?
Buku 1:
The Reflective Educator’s Guide to Classroom Research: Learning to Teach and Teaching to Learn Through Practitioner Inquiry
By Nancy Fitchman Dana & Diane Yendol-Solva
- Berdasarkan buku ini, Kajian Tindakan adalah usaha yang melibatkan dua orang guru atau lebih melaksanakan inkuiri secara kolaboratif (usaha sama) semasa menjalankan kajian menmperbaiki proses P&P di dalam kelas.
- Kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Buku 2 :
All You Need To Know About Action Research
All You Need To Know About Action Research
By Jean McNiff & Jack Whitehead
- Kajian yang membolehkan guru mengkaji serta menilai kerja mereka berkaitan “apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk meningkatkan mutu pengajaran dan membuat penambahbaikan supaya ianya berkesan dan boleh digunakan oleh orang lain. Terutama sekali bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian tindakan merupakan proses yang bersifat berterusan.
Buku 3:
Classroom Research: Implementing the Scholarship of Teaching
By: Cross K. P & Steadman M. H.
- Berdasarkan buku ini, kajian di dalam bilik darjah adalah kajian yang dilakukan oleh guru mengenai proses P&P di dalam bilik darjah sendiri. Kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar dengan pembelajaran secara kolaboratif secara aktif di dalam bilik darjah berikut. Guru akan belajar bagaimana untuk menjadi guru yang lebih efektif dan pelajar akan belajar untuk menjadi pelajar yang lebih efektif. Ia menekankan tentang apa yang berlaku di dalam kelas serta proses-prosesnya.
No comments:
Post a Comment